suria

Pemohon Suaka Bakal Dihantar Ke Malaysia Dilaporkan Mengadakan Mogok Lapar

MELBOURNE: Kumpulan pertama pemohon suaka yang bakal dihantar ke Malaysia, meminta pertolongan dan memulakan mogok lapar, menurut kumpulan penyokong pelarian itu.

Kumpulan pertama pemohon suaka itu yang akan diproses di bawah perjanjian pertukaran kerajaan Australia antara Canberra dan Kuala Lumpur, tiba dalam sebuah bot di pulau Christmas pada Khamis.

Mereka termasuk 18 remaja bawah umur atau orang yang mengaku sebagai masih di bawah umur. Sebanyak 14 daripada mereka tidak diiringi sesiapa.

Jurucakap Refugee Action Coalition, Ian Rintoul mendakwa kumpulan penyokong itu menerima panggilan kecemasan daripada seorang daripada pemohon suaka itu pada Jumaat.

"Panggilan singkat itu hanya menyatakan, "Kami berada dalam keadaan teruk, kami perlukan pertolongan. Kami telah memulakan mogok lapar," Rintoul dipetik berkata demikian oleh Australian Associated Press.

Beliau menggesa kerajaan Australia memberi peluang kepada kumpulan itu untuk berjumpa peguam.

"Pemohon suaka itu tidak melakukan sebarang jenayah tetapi mereka telah ditahan," kata Rintoul. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

245,376 PATI Didaftar

Artikel Lain