suria

Nik Aziz Nafi Temu Razaleigh

KOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal dakwaan wujudnya pertemuan antara beliau dan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan pengganti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika didapati bersalah dalam kes liwat.

Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah, Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata tiada perkara yang perlu disembunyikan dari umum kerana perkara mengenai pertemuan itu tidak pernah berlaku.

"Mari dari mana (berjumpa dengan Tengku Razaleigh), kalau ada, buat apa saya rahsia, dalam sejarah hidup saya tidak ada rahsia dan tuan-tuan semua tahu sendiri, tidak ada (pertemuan), mengarut," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku Konsep Asas Negara Berkebajikan tulisan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menegaskan pertemuan antara Nik Abdul Aziz dengan Tengku Razaleigh bagi membincangkan pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

245,376 PATI Didaftar

Artikel Lain