suria

Kerajaan Cadang Wajibkan SPNB, Kompleks Beli-Belah Sediakan Masjid Atau Surau

BEAUFORT: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang mewajibkan pemaju perumahan, terutama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan agensi perumahan kerajaan serta kompleks beli-belah menyediakan masjid atau surau bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan solat.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Lajim Ukin berkata kajian terperinci akan dilakukan sebelum akta baru itu digubal.

Cadangan itu selaras dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini, katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kepada warga tua dan orang kelainan upaya di Masjid Kampung Klias Dua, dekat sini malam Sabtu.

Lajim yang juga anggota Parlimen Beaufort berkata perkara itu penting berikutan terdapat rungutan daripada masyarakat Islam yang terpaksa pergi ke masjid di luar kawasan perumahan mereka untuk menunaikan solat khususnya sembahyang Jumaat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

245,376 PATI Didaftar

Artikel Lain