suria

Ekspo Koperasi 2011 Di Mergong Sepanjang Ramadan

ALOR SETAR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kedah menganjurkan Ekspo Koperasi 2011 di Mergong di sini sepanjang Ramadan ini bagi memudahkan orang ramai membeli barang keperluan pada harga murah untuk bulan puasa dan Aidilfitri nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ekspo itu menawarkan 110 gerai yang disertai 90 ahli koperasi dan 20 peniaga kecil.

SKM berhasrat menjadikan ekspo itu sebagai aktiviti tahunan di kawasan perniagaan yang baru dibuka itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan dan Ekspo Koperasi 2011 itu di sini Sabtu.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berkata SKM akan mengadakan jualan beras dan gula pada harga murah bermula Khamis depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

245,376 PATI Didaftar

Artikel Lain