suria

Sistem Tiket Tanpa Tunai RapidKL Catat Penembusan 67 Peratus

KUALA LUMPUR: Sistem tiket tanpa tunai dalam bas-bas RapidKL yang dilancarkan Februari lalu, menyaksikan 67 peratus penembusan dalam empat bulan lepas, kata Pengarah NKRA Pengangkutan Awam Bandar, Ahmad Suhaili Idrus.

Sistem tiket yang menggunakan platform Touch'n Go untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih cekap itu kini dilaksanakan dalam semua bas Rapid KL.

Semasa memberikan taklimat kemas kini mengenai sektor di bawah Program Transformasi Kerajaan itu, Ahmad Suhaili berkata pelancaran Bus Expressway Transit 6 (BET 6) pada Jun telah menjimatkan masa perjalanan selama sejam bagi penumpang dari Bukit Beruntung ke Kuala Lumpur berbanding laluan sebelum ini.

Ahmad Suhaili juga berkata satu kajian kemungkinan sedang dijalankan untuk melaksanakan sistem transit aliran deras bas di Lembah Klang.

Kajian itu dijangka selesai menjelang September tahun ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain