Polis Kelantan Tubuh Pasukan Petugas Khas Siasat Kegiatan Bakar Mercun - Semasa | mStar

Polis Kelantan Tubuh Pasukan Petugas Khas Siasat Kegiatan Bakar Mercun

KOTA BARU: Polis Kelantan menubuhan pasukan petugas khas menyiasat dan mengawal kegiatan membakar mercun bagi mencegah kegiatan itu daripada berleluasa menjelang musim perayaan, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Ab Rahman.

Katanya penubuhan pasukan itu penting bagi mengawal kegiatan itu daripada terus menjadi ancaman nyawa kepada masyarakat terutama ketika umat Islam bergembira menyambut musim perayaan.

Beliau berkata walaupun kes pembakaran mercun secara haram tidak begitu serius di Kelantan, tetapi langkah-langkah pencegahan perlu bagi mengelak lebih ramai kalangan mereka, terutama yang tidak berdosa, daripada menjadi mangsa.

"Kita bercadang menubuhkan skuad khas di peringkat IPK dan diikuti peringkat daerah bagi membanteras kegiatan itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar anak anggota yang mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran tahun lepas di sini Rabu.

Pada majlis itu seramai 143 pelajar cemerlang di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sumbangan dari Tabung Kebajikan, Sosial dan Sukan (TKSS) bernilai RM20,150.

"Pada awalnya tujuan kita menubuhkan skuad ini untuk menyiasat dan mengesan punca kemasukan bahan letupan itu atau kegiatan pengedaran di seluruh negeri dan selepas itu kita akan mengambil tindakan susulan mengikut peruntukan yang ada di bawah bidang kuasa polis," katanya.

Dalam kes terbaru semalam, seorang pelajar dari Kampung Dewan Beta, dekat sini, Nasurudin Mohd Nazli, 19, cedera parah ketika bermain mercun dekat rumahnya dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Tanpa menjelaskan statistik kes mercun yang dilaporkan di seluruh negeri, Jalaluddin bagaimanapun berharap orang awam memberi kerjasama dengan menyampaikan maklumat mengenai kegiatan pembakaran mercun kepada pihak polis dalam usaha mengawal kegiatan itu.

Ditanya mengenai kes simbahan asid melibatkan seorang jurujual kereta di Taman Uda Murni, dekat sini Selasa lepas, Jalaluddin berkata, polis telah menahan seorang peniaga berusia 45 tahun pada 4.30 petang semalam di sini untuk membantu siasatan polis.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, Faizal Halim Rustam, 37, sedang membaca akhbar di sebuah kedai makan tiba-tiba disimbah sejenis cecair oleh orang yang tidak dikenali dan mangsa di dalam keadaan stabil di HPRZII. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain