suria

MB Kedah Jalani Prosedur Buka Saluran Tersumbat

ALOR SETAR: Kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini semakin stabil dan beliau akan menjalani prosedur angioplasty bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kedah, Dr Ismail Salleh, berkata selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat lepas, Azizan telah menjalani prosedur angiogram untuk mengesan saluran yang bermasalah.

"Ada satu saluran tersumbat, beberapa prosedur dan pemeriksaan perlu dilakukan ke atas Datuk Seri Azizan sebelum angioplasty dilakukan, dan saya rasa mungkin sebulan lagi baru boleh buat correction (pembetulan saluran yang tersumbat) itu," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Ismail berkata, sementara menunggu prosedur angioplasty dilakukan, Azizan akan dapat bertugas seperti biasa dalam tempoh seminggu lagi, namun beliau dinasihatkan supaya mengehadkan tugasan di luar pejabat.

"Saya rasa hari ini atau pun esok beliau akan dipindahkan dari CCU (Cardiac Care Unit) ke wad biasa dan kemudian dibenarkan balik. Dalam seminggu lagi sudah boleh memulakan tugas-tugas di pejabat tapi perlu dihadkan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain