suria

Rakyat Malaysia Disyaki Mencuri Wang ATM Di Bali

JAKARTA: Seorang warga Malaysia dilaporkan ditangkap polis di bandar pelancongan Kuta, Pulau Bali kerana disyaki mencuri wang dari mesin automatik teller (ATM) dengan menggunakan kad ATM yang diklon.

Pemuda berusia 23 tahun itu ditangkap oleh polis tempatan ketika berada di sebuah ATM Bank Mandiri, di hadapan Puri Naga, Jalan Arjuna, Kuta, pada Rabu lalu (27 Julai).

Lelaki itu dikatakan melakukan perbuatan itu bersama dua rakannya yang masih diburu polis, Ketua Polis Daerah Kuta, Gede Ganefo dipetik oleh portal berita detik.com sebagai berkata Selasa.

"Suspek kita tangkap setelah kita melakukan intipan di tempat kejadian," kata Ganefo. Perbuatannya terbongkar apabila beberapa pemandu kenderaan yang berpangkalan di sekitar ATM itu mencurigai gelagatnya yang berulangkali keluar masuk ke tempat pengeluaran wang itu, telah melaporkan perkara itu kepada polis.

Ganefo berkata suspek menggunakan beberapa alat seperti kamera pengintip, kad memori dan komputer riba untuk merakam data pendeposit bank yang melakukan transaksi di situ.

Setelah memperolehi data yang diperlukan, suspek mengeluarkan wang dari ATM itu dengan menggunakan kad ATM yang diklon. Ketika di soalsiasat, suspek memberitahu polis bahawa dia juga bercadang melakukan transaksi di ATM lain. Teman wanitanya yang turut ditahan, telah dibebaskan setelah didapati tidak terlibat dalam jenayah itu. -BERNAMA

Artikel Lain