Isteri Polis Antara Dua Yang Maut Dalam Kemalangan Di Tapah - Semasa | mStar

Isteri Polis Antara Dua Yang Maut Dalam Kemalangan Di Tapah

IPOH: Isteri seorang anggota polis Pasukan Gerak Am (PGA) adalah antara dua yang maut dalam dua kemalangan di Tapah semalam dan hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad berkata Normala Abdullah, 39, terbunuh apabila dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika menunggu bas dalam kejadian di Km 64 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku kira-kira 6.45 petang semalam apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun gagal dikawal dan merempuh Normala yang berdiri di tepi jalan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya suami Normala adalah anggota PGA yang bertugas di Bidor.

Dalam satu lagi kemalangan, seorang pemandu lori maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jambatan di Km 73 jalan yang sama, sebelum terbalik.

Kejadian berlaku kira-kira 11.15 pagi tadi ketika Anuar Abdul Aziz, 43, yang memandu bersendirian dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bidor.

Anuar maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas tesepit di bawah lori, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain