Salim Parlan Mohon Pengesahan Poligami - Semasa | mStar

Salim Parlan Mohon Pengesahan Poligami

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan memfailkan permohonn untuk mendapatkan kebenaran berpoligami dan pengesahan pernikahannya yang didakwa berlaku di selatan Thailand.

Permohonan itu difailkan oleh Salim, 51, dan wanita yang ditangkap berkhalwat dengannya, Nur Diyana Norslan, 30, pada 21 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini dan permohonan itu disebut pada Isnin.

Pasangan terbabit diwakili oleh peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang memaklumkan bahawa beliau menerima surat daripada Pihak Pendakwaan Syarie Jabatan Agama Pulau Pinang (JAIPP) yang memohon agar prosiding ditangguhkan.

Zainul Rijal juga memberitahu, pihaknya sehingga kini masih belum menerima sebarang maklumat berhubung hasrat pihak Pendakwa Syarie JAIPP untuk menjadi pencelah dalam permohonan oleh anak guamnya.

Hasrat pihak pendakwaan tersebut telah dimaklumkan oleh Ketua Pendakwa Syarie JAIPP, Mohd Zulkhairi Aziz pada prosiding terdahulu, tetapi difahamkan belum berbuat demikian sehingga kini.

Justeru itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan tempoh sehingga 18 Ogos ini untuk pihak Pendakwa Syarie JAIPP memfailkan permohonan sebagai pencelah dalam permohonan Salim.

Salim yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hadir di mahkamah bersama dengan Nur Diyana, yang merupakan bekas pembantu peribadinya.

Pada 19 April lalu, pasangan berkenaan masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang atas tuduhan berkhalwat yang didakwa dilakukan di sebuah hotel mewah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 5 pagi, 16 April lalu di bilik nombor 224, sebuah hotel di Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Salim didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Neheri 1996 manakala pendakwaan terhadap Nur Diyana dibuat mengikut Seksyen 27(b) enakmen yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Salim dan Nur Diyana difahamkan telah berkahwin di luar negara dan akan mendaftarkan pernikahan tersebut dengan pengetahuan isteri pertamanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain