Malaysia Jadi Tuan Rumah Persidangan AIDS Antarabangsa 2013

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi negara Asia pertama menganjurkan Persidangan AIDS Antarabangsa (IAS) yang dijadual pada Julai 2013.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata persidangan itu juga merupakan acara berskala besar pertama dilaksana di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Seramai 6,000 peserta dari 125 negara dijangka hadir pada persidangan empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, katanya dalam satu kenyataan, di sini Isnin.

Beliau daripada jumlah itu, 90 peratus datang dari luar negara yang dijangka menjana RM78 juta kepada ekonomi negara.

Persidangan yang diadakan dua tahun sekali secara bergilir pada kalangan negara maju dan sedang membangun itu bermula pada 2001.

Antara lain IAS 2013 bertujuan melihat perkembangan terkini mengenai penyelidikan berkaitan HIV serta meneroka bagaimana perkembangan sains dapat digunakan secara efektif dalam mengawal serta merawat penyakit itu. - BERNAMA

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain