suria

Program Transforma​si Halal Di Gambang Tarik Minat Pengunjung

KUANTAN: Orang ramai di sini dan sekitar Kuantan boleh belajar sambil berhibur di Program Transformasi Halal yang diadakan di padang Kem Batu 10, di sini.

Acara pertama kali yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) ini bertujuan memberi pendedahan tentang industri halal dari segi ekonomi, pendidikan dan belajar sambil berhibur melalui pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Terdapat hampir 100 gerai yang menjual produk makanan, penjagaan kesihatan dan barangan industri perindustrian kecil dan sederhana dibuka hingga Ahad petang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan hadir bagi merasmikan majlis penutupan acara itu pada petang Ahad.

Artikel Lain