suria

Kerajaan Bincang Dengan SPR Sekiranya Pelajar Malaysia Di Luar Negara Dapat Mengundi - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan bincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada perlu untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pelajar Malaysia di luar negara mengundi pada pilihan raya umum.

"Sekira ada keperluan seumpama itu, maka kerajaan akan mengkaji dan membincangkan dengan SPR," kata Perdana Menteri ketika menjawab soalan pada sesi dialog sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia Kelima di sini Ahad.

Terdahulu itu, Najib menyampaikan ucapan penutupan pada sidang kemuncak anjuran Majlis Tertinggi Pelajar Malaysia du Inited Kingdom (UKEC).

"Bagi membolehkan ia menjadi kenyataan, kita perli mendapatkan majoriti dua pertiga sebelum pindaan dapat dilakukan. Kita akan melihatnya dan mungkin dapat sokongan pembangkang bagi mencapai majoriti dua pertiga dan meminda Perlembagaan," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan juga komited untuk pembaharuan proses pilihan raya dan juga menangani isu pengundi hantu dan salah satu langkah diambil ialah dengan memperkenalkan sistem biometrik.

Sidang kemuncak dua hari itu dengan tema "Piecing Together The Malaysian Puzzle" dihadiri oleh kira-kira 1,000 pemimpin pelajar dari unversiti tempatan dan luar negara.

Sidang kemuncak itu merangkumi dialog dengan beberapa pemimpin terkenal negara dalam pelbagai bidang berkaitan dengan pembangunan negara dan belia Malaysia masa kini.

Antara penceramah tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. - BERNAMA

Artikel Lain