suria

Perwakilan MICA Gesa Edisi Kedua MyDaftar

PUTRAJAYA: Perwakilan ke Perhimpunan Agung MIC ke-65 yang bermula hari ini menggesa kerajaan supaya mengatur edisi kedua program MyDaftar.

"Ada beribu-ribu lagi yang masih tidak ada dokumen pengenalan diri, jadi edisi kedua MyDaftar akan memberi banyak manfaat kepada ramai rakyat dari kaum India," kata perwakilan dari Selangor, L.Chandran, semasa membahaskan laporan tahunan parti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini Sabtu.

Program pertama yang diadakan di seluruh negara pada 19-26 Februari lepas dianggap sebagai program yang amat berjaya dengan hampir 15,000 orang memohon bagi menyelesaikan masalah berkaitan dokumentasi pengenalan kerakyatan mereka.

Sehingga hujung April, 1,800 kes berjaya diselesaikan.

R.Shanmugasundaram, perwakilan dari Kedah berkata beberapa permohonan sepanjang tempoh kempen lepas telah diketepikan, dan ada juga kalangan yang langsung tidak sedar mengenai program besar-besaran itu.

Perhimpunan yang bermula pagi ini dijadualkan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. BERNAMA

Artikel Lain