suria

Ordinan Darurat: Polis Bebas Semua Ahli PSM

PETALING JAYA: Kesemua enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 2 Julai lalu mengikut Ordinan Darurat dibebaskan pada Jumaat.

Mereka terbabit ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar; Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49; Ahli Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai, 33; M. Sukumaran, 50; Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin Pemuda, R Sarat Babu, 25.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya di sini berkata, berikutan pembebasan itu, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Keenam-enam aktivis PSM itu ditahan dua minggu sebelum perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lepas.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain