suria

Syarikat Kontraktor Curi Air Didenda RM10,000

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan sebuah syarikat kontraktor perumahan menjelaskan denda RM10,000 atau dipenjarakan selama enam bulan kerana mencuri air milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), tiga tahun lalu.

Hakim Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan bersalah yang dibuat oleh Pengarah Bina Mandat Sdn Bhd, Chew Koh Wah pada Khamis.

Syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan itu dengan melakukan penyambungan paip air yang menyalahi undang-undang pada 8 Julai 2008 di nombor 2, sebahagian Lot 13823, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, di sini.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 123, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mendapat aduan daripada Syabas telah membuat pemeriksaan di lokasi terbabit pada hari kejadian.

Pemeriksaan mendapati terdapat penyambungan air tanpa kebenaran ke suatu paip utama oleh syarikat itu tanpa kebenaran ke suatu paip utama tanpa melalui meter air di premis tersebut.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa daripada SPAN, V. Kirupakaran manakala peguam H. H Chong mewakili syarikat terbabit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain