suria

Empat Termasuk Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan Bas Ekspress Tengah Malam Tadi

IPOH: Empat termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun maut dalam kemalangan membabitkan bas ekspress dengan treler di Km 201 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting, tengah malam tadi.

Identiti mereka yang terbunuh iaitu pemandu dan kelindan treler, serta dua penumpang bas termasuk kanak-kanak itu belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kerian Supritendan Mohd Fauzi Nayan ketika dihubungi berkata kejadian berlaku 12.30 malam tadi apabila treler dalam perjalanan ke utara itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas terbabit.

Tiga daripada mereka maut di tempat kejadian, manakala kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Taiping, katanya menambah maklumat lanjut akan dimaklumkan pada sidang media petang ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain