Rumah Panjang Leo Moggie Di Kanowit Terbakar Dalam Kebakaran - Semasa | mStar

Rumah Panjang Leo Moggie Di Kanowit Terbakar Dalam Kebakaran

KANOWIT: Rumah panjang pengerusi Tenaga Nasional Bhd Tan Sri Leo Moggie di Bejait, kira-kira 45 minit perjalanan darat dari sini, musnah dalam satu kebakaran petang Selasa.

Anak saudaranya Nelson Jaun ketika dihubungi berkata seluruh rumah panjang yang mempunyai kediaman 29 pintu itu dijilat api kira-kira 10 minit selepas kebakaran bermula pada kira-kira pukul 6 petang.

Beliau berkata api merebak dengan pantas ekoran musim kemarau yang sedang melanda ketika ini, memusnahkan rumah panjang itu yang boleh dianggap paling moden di daerah sini.

Ketua pegawai operasi bomba Douglas Graji ketika dihubungi di pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kanowit di sini berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 6.28 petang. "Satu pasukan 11 anggota yang diketuai pegawai bomba Mutton anak Gelunggang sampai di rumah panjang yang berusia kira-kira 10 tahun itu pada kira-kira pukul 7.17 petang, namun ia sudah tidak dapat diselamatkan lagi," katanya dan menambah api dapat dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

Graji berkata seorang lelaki berumur sekitar 40-an cedera apabila dia cuba merempuh masuk rumah panjang itu kerana hendak menyelamatkan harta bendanya, dan dia sudah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan, dan menurutnya ramai mangsa kini menumpang sementara di Dewan Masyarakat berhampiran dengan tempat kejadian. – BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain