suria

Najib Dan Menteri Naik ERL Hadiri Program Di KL

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri pada Rabu menaiki kereta api laju Express Rail Link (ERL) dari Putrajaya ke stesen KL Sentral untuk melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang.

Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut oleh 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.

Najib bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalam-salaman dengan orang ramai di stesen itu.

Perjalanan dari Stesen Putrajaya Sentral ke KL Sentral mengambil masa 35 minit. - BERNAMA

Artikel Lain