suria

Daud Vicary Presiden, CEO Baru INCEIF

KUALA LUMPUR: Pusat Pendidikan Kewangan islam Antarabangsa (INCEIF), Universiti Kewangan Islam Global melantik Daud Vicary Abdullah sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuat kuasa 2 Ogos.

Daud, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi dan Sejarah Sosial dari University of Bristol di England, mengambil alih dari Datuk Agil Natt yang bersara pada 31 Julai.

Beliau berpengalaman di dalam industri kewangan dan perundingan lebih 38 tahun.

"Saya gembira diberi peluang untuk meneruskan kejayaan yang dicatatkan oleh penjawat sebelum ini, Datuk Agil Natt."

"Secara khususnya, saya akan meneruskan program Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CIFP) bagi mempastikannya menjadi kelayakan profesional Kewangan Islam perdana dan paling relevan di dunia.

"Saya bersedia menghadapi cabaran di INCEIF," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Sementara itu, Agil melahirkan keyakinan bahawa di bawah pengawasan Daud, INCEIF akan mencapai keunggulan seterusnya."

"Adalah menjadi satu penghormatan kerana diberi peluang oleh Bank Negara untuk menjadi antara warga kerja perintis untuk menubuhkan universiti yang unik ini," katanya. - Bernama

Artikel Lain