suria

Muhyiddin Terima Kunjungan Hormat Menteri Luar Korea Utara

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Utara Pak Ui Chun di pejabatnya di sini tengah hari Isnin.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah duta republik berkenaan ke Malaysia, Jang Yong Chol.

Ui Chun, yang tiba di sini pagi ini, sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia. Ini merupakan lawatan kerja pertama beliau ke negara ini.

Esok, Menteri Luar Korea Utara itu dijadual bertemu rakan sejawatannya, Datuk Seri Anifah Aman.

Antara lokasi yang akan dilawati oleh Ui Chun semasa di negara ini ialah Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil serta menghadiri sesi taklimat Unit Perancang Ekonomi. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain