suria

Puteri Mahu Mohamad Sabu Tampil Untuk Nafi Pendedahan Video Polis

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno pada Sabtu meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu agar tampil untuk menafikan pendedahan video oleh polis berhubung kemalangan yang dialaminya pada 9 Julai lepas.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata tindakan Mohamad Sabu yang mendakwa beliau dirempuh polis ketika berlangsung perhimpunan haram di ibukota itu perlu diberi penjelasan yang sebenar.

"Adalah penting untuk beliau (Mohamad Sabu) membuat kenyataan sama ada beliau tetap dengan dakwaannya sebelum ini atau menafikan pendedahan video itu atau mengiyakan apa yang didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

"Puteri UMNO yakin bahawa tayangan itu adalah sahih, dan Mohamad Sabu mesti meminta maaf kepada PDRM dan rakyat Malaysia jika apa yang didedahkan oleh PDRM menerusi tayangan video itu adalah benar," katanya.

Pada Khamis lepas, PDRM telah menayangkan video perhimpunan haram 9 Julai kepada wakil media dan awam di Ibupejabat Polis Bukit Aman yang turut menunjukkan rakaman video Mohamad Sabu tidak dilanggar Pajero polis seperti yang didakwanya.- BERNAMA

Artikel Lain