suria

Keluarga Baharuddin Harus Tuntut Maaf Daripada Bersih

KUALA LUMPUR: Keluarga Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan haram Bersih seharusnya menuntut maaf daripada Bersih serta penganjur dan pemimpin pembangkang, kata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau berkata Bersih yang harus meminta maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya tidak saja terhadap Allahyarham Baharuddin, tetapi juga sesiapa saja yang cedera dan mengalami penderitaan akibat perarakan haram itu.

"Apa jua yang berlaku, adalah kerana kedegilan Bersih. Apa yang Bersih lakukan tidak menguntungkan sesiapa, kecuali memburukkan nama negara yang kita cintai ini," katanya.

Kayveas berkata, Bersih (Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil), yang disokong oleh parti-parti pembangkang berdegil mengajak orang ramai yang tidak berdosa keluar ke jalan-jalan raya dan menghasut mereka agar tidak menghiraukan nasihat kerajaan supaya tidak menyertai perarakan.- BERNAMA

Artikel Lain