SKMM Sudah Agih Hampir 400,000 Komputer Riba Di Seluruh Negara - Semasa | mStar

SKMM Sudah Agih Hampir 400,000 Komputer Riba Di Seluruh Negara

TAMPIN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengagihkan 382,950 unit komputer riba 1Malaysia kepada pelajar terpilih di seluruh negara, termasuk 123,500 unit yang diagihkan menerusi fasa pertama program itu.

Menerusi fasa 2 pula, SKMM menyasarkan mengagih 349,400 lagi unit komputer, kata SKMM dalam satu kenyataan di sini Sabtu.

Sejumlah sejuta komputer riba akan diagihkan kepada para pelajar sekolah menengah yang layak bagi membolehkan mereka mengakses internet jalur lebar seperti rakan mereka yang berkemampuan, yang tinggal di bandar.

Menurut SKMM program pengagihan komputer riba itu akan meningkatkan kadar penembusan jalur lebar ke seluruh negara.

Kadar penembusan jalur lebar di seluruh negara kini mencapai 60.3 peratus, berbanding 23 peratus dua tahun lepas, dan Negeri Sembilan merupakan antara negeri yang paling tinggi pencapaian kadar penembusan jalur lebarnya iaitu 73.3 peratus.

Sementara itu, seramai 30 pelajar sekolah menengah dalam kawasan Parlimen Tampin, menerima komputer riba 1Malaysia mereka hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min, Gemencheh, dekat sini.

Yang turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor yang juga anggota Parlimen Tampin dan Pengerusi SKMM Tan Sri Khalid Ramli.

Menurut kenyataan itu lagi, sehingga 30 Jun lepas, SKMM berjaya mengagihkan 7,700 unit komputer riba 1Malaysia di Negeri Sembilan menerusi fasa 2 program tersebut.

Jumlah tersebut adalah hasil usaha berterusan SKMM untuk mengagihkan 16,494 unit komputer riba 1Malaysia di Negeri Sembilan menerusi fasa 2 program pengagihan komputer riba 1Malaysia ke seluruh negara yang bermula April lepas. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain