suria

Pelajar Universiti Maut Dalam Kemalangan

IPOH: Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) terbunuh manakala rakannya cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 364.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abddullah Ishak berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada 3.30 petang semalam Hafiz Abdul Hamid, 22, pelajar akhir UTP, Tronoh.

Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Wan Abdullah berkata rakan mangsa Mohd Fakrul Radi Hamthan, 22, yang juga penuntut yang sama mengalami kecederaan di kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari sini ke Kuala Lumpur dikatakan gagal dikawal, lalu terbabas dan terbalik.

Akibat kejadian itu, mangsa tercampak keluar dari keretanya. -BERNAMA

Artikel Lain