suria

Muhyiddin Terima Kunjungan Duta Dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis menerima kunjungan hormat tujuh orang Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang akan berkhidmat di luar negara mulai bulan depan.

Kunjungan diadakan di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Datuk Mazlan Muhammad yang bakal ditugaskan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Duta Besar Malaysia ke Romania Datin Paduka Halimah Abdullah yang kini dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Itali. Setiausaha Bahagian (Bahagian Afrika), Jabatan Dua Hala Kementerian Luar, Datuk Adnan Othman yang dilantik sebagai Duta Malaysia ke Kuwait, Duta Malaysia ke Nepal Datuk Ilankovan Kolandavelu yang bakal menjadi Duta Malaysia di Sepanyol.

Setiausaha Bahagian Kanan, Direktori Eropah, Amerika dan Afrika Kementerian Luar, Datuk Badruddin Ab Rahman yang bakal menjadi Duta Malaysia ke Sweden, Duta Besar Malaysia ke Cuba, Yean Yoke Heng yang kini dilantik sebagai Duta Malaysia ke Croatia dan Setiausaha Bahagian (Parlimen dan Hal Ehwal Koporat) Kementerian Luar, Azmi Zainuddin yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka.

Mereka merupakan sebahagian daripada 13 duta dan pesuruhjaya tinggi yang yang akan memulakan tugas baru mulai Ogos. -BERNAMA

Artikel Lain