suria

PR Adakan Wacana Bebas Bincang Persiapan Hadapi PRU-13

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan wacana bebas di kalangan pimpinan tertingginya mengenai isu dasar serta memantapkan strategi dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Wacana tiga hari itu berlangsung semalam (Selasa) secara tertutup di Kelab Golf Tropicana di sini bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Wacana itu dihadiri para pimpinan tertinggi PR Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pimpinan PAS.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan PAS turut mengadakan permukiman khas selama dua hari di sebuah hotel di Ampang.

Permukiman tersebut turut diadakan bagi mempersiapkan jentera parti itu bagi menghadapi PRU-13 melalui ‘Projek Roadmap To Putrajaya’.

Ia melibatkan semua pimpinan utama PAS pusat dan permukiman selama dua hari itu dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata, PAS akan memfokuskan kepada dua pendekatan iaitu usaha memulihkan demokrasi dan memecahkan kebuntuan maklumat bagi mempastikan maklumat sampai ke peringkat akar umbi.

Justeru, permukiman tersebut menurut Hadi merupakan langkah terbaik untuk PAS menyusun langkah menggunakan media alternatif bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Artikel Lain