Yang di-Pertuan Agong Berangkat Untuk Lawatan Rasmi Ke Korea Selatan - Semasa | mStar

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Untuk Lawatan Rasmi Ke Korea Selatan

SEPANG: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berangkat untuk melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke Korea Selatan.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 10.15 pagi dan dijangka tiba di Pangkalan Udara Seoul pada 5.45 petang waktu tempatan (4.45 petang waktu Malaysia).

Keberangkatan baginda turut diiringi dua anakanda baginda iaitu Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad selaku Menteri Pengiring.

Yang turut mengucapkan selamat jalan kepada baginda ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi 21 das tembakan meriam. Ini merupakan lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Korea Selatan bagi membalas lawatan Presiden Lee Myung-bak pada Disember tahun lepas.

Semasa lawatan tersebut, baginda berdua turut dijadual menerima menghadap Presiden Persekutuan Muslim Korea, Abdul Rahim Shin Man Jong, Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Muslim Korea, Ahmad Cho Min Haeng serta Imam Besar Masjid Pusat Seoul, Abdurrahman (Lee Ju Hwa).

Baginda berdua juga dijadual berangkat menghadiri majlis makan malam bersama kira-kira 100 rakyat dan penuntut Malaysia di Seoul.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah akan turut membuat kunjungan hormat terhadap Presiden Lee Myung-bak di Istana Presiden "Cheong Wa Dae" (Rumah Biru) serta melawat Bandaraya Samsung. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain