suria

JPJ Timbang Cadangan Guna Tarikh Lahir Perbaharui Lesen Memandu

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menimbangkan cadangan supaya tarikh lahir dijadikan tempoh akhir untuk memperbaharui lesen memandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata hal ini kerana pemandu sering memberi alasan mereka terlupa untuk memperbaharui lesen memandu ketika operasi dijalankan.

“Sekiranya tarikh lahir pemandu tiba dalam tempoh enam bulan sebelum tamat tempoh lesen memandunya maka tiada bayaran yang akan dikenakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MCA pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya tarikh lahir pemandu dan tarikh tamat tempoh lesen memandunya jatuh lebih daripada tempoh enam bulan maka mereka akan dikenakan bayaran sebanyak 50 peratus untuk memperbaharuinya.

Beliau berkata pemandu masih dibenarkan memperbaharui lesen memandu mereka sehingga tempoh lima tahun walaupun sistem tersebut dilaksanakan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain