Najib Tiba Untuk Lawatan Kerja Di Itali - Semasa | mStar

Najib Tiba Untuk Lawatan Kerja Di Itali

ROM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini, Ahad, untuk memulakan lawatan kerja.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib dijadualkan menemui Pope Benedict XVI dan mengadakan perjumpaan dengan Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican, di Castel Gandolfo, di sini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!