suria

Dua Penunggang Motosikal Maut

KUANTAN: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di Kuantan dan Bera pada Ahad.

Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Najib Jusoh, dalam kejadian pertama di KM42 Jalan Kuantan-Maran pukul 3 petang, Mohamad Hafiz Ahmad Sarjudin, 25, maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta.

"Mangsa, yang menunggang dari arah Maran ke Kuantan, ketika tiba di tempat kejadian cuba memotong sebuah lori tetapi gagal lalu bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Seorang lagi penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di KM3 Jalan Lama Triang-Bahau pada pukul 6.20 petang.

Mohd Najib berkata B. Karithiheyan, 34, bersama pemboncengnya sedang dalam perjalanan dari arah rumahnya di Felda Triang 1 ke Bandar Triang bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan yang terbabas memasuki laluan mangsa.

Mangsa, yang dibawa ke Klinik Kesihatan Triang untuk rawatan, meninggal dunia pada 7.30 petang manakala pembonceng motosikal yang cedera parah dihantar ke Hospital Temerloh.

Beliau berkata ketika kejadian kedua-dua mangsa tidak memakai topi keledar. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain