suria

Tiga Maut, Tujuh Cedera Dalam Kemalangan

KUALA LUMPUR: Tiga orang, termasuk seorang bapa dan anak lelakinya, maut setelah kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang lampu di KM305.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, malam tadi.

Tujuh orang lagi yang turut menaiki kenderaan tersebut, yang sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Besi menuju ke Seremban, cedera parah, kata Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias kepada Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata Zulkifle Zainul, 29 dan anaknya Mohd Adam Danis yang berusia dua tahun bersama seorang lagi individu yang belum dikenal pasti meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kenderaan itu dinaiki seramai 10 orang, dan mereka yang cedera parah kini dirawat di Hospital Serdang," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan.- BERNAMA

Artikel Lain