suria

Sekolah Baru Hadiah Atas Kemenangan BN Di Galas

GUA MUSANG: Bangunan baru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Pulai yang berharga RM2.5 juta disifatkan sebagai hadiah daripada Kerajaan Pusat di atas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, November lepas.

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembinaan bangunan sekolah berkenaan dalam masa terdekat ini diharap dapat menyelesaikan masalah murid yang terpaksa belajar di bangunan kayu yang usang.

"Kalau nak bandingkan sebelum ini kampung ini jauh lebih mundur daripada kampung-kampung lain sekitarnya, tetapi sekarang keadaan telah banyak berubah terutama kemudahan jalan raya.

"Malah, kita juga telah memberi lot rumah baru di Kampung Gua Gagak untuk penduduk yang kehilangan tanah berikutan terbabit dengan projek perlombongan emas satu ketika dulu," katanya ketika berucap merasmikan upacara pecah tanah pembinaan bangunan baru SRJKC Pulai dekat sini, Ahad.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusoff.- BERNAMA

Artikel Lain