Pembangkang Tidak Boleh Terima Apa Jua Pembaharuan Oleh Kerajaan - Semasa | mStar

Pembangkang Tidak Boleh Terima Apa Jua Pembaharuan Oleh Kerajaan

TUARAN: Sudah menjadi lumrah pembangkang untuk tidak menerima apa jua pembaharuan yang diperkenalkan kerajaan kerana mereka tidak mahu negara maju di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Ahad.

Mengulas tindakan pembangkang menolak penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang, Noh, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata sebelum ini pun pihak berkenaan menentang banyak idea-idea pembangunan, yang kini semuanya sudah menjadi kejayaan.

"Mana ada pembangkang yang boleh terima apa jua pembaharuan oleh kerajaan BN? Masa kita mahu buat jambatan Pulau Pinang dulu, pembangkang cakap tidak perlu, pembaziran, tapi sekarang kita lihat satu jambatan itu pun tak cukup.

"Masa nak buat lapangan terbang dulu di Subang, mereka kata buat apa? Belum ada kapal terbang lagi, begitu juga masa buat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka mengadu. Tapi sekarang tengok masih tak cukup (untuk tampung keperluan) dan kita ada LCCT (Terminal Penerbangan Tambang Murah) lagi.

"Kesimpulannya, kalau kita mahu dengar cakap pembangkang, kita tak akan maju, kita akan ketinggalan zaman," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Kompleks Pemasaran Fama Sabah di Telipok dekat sini, Ahad.

Noh diminta mengulas pendirian PKR dan PAS yang menyatakan sistem biometrik tidak praktikal dan kerana masih baru digunakan di Malaysia, dibimbangi mempunyai kecacatan.

Dalam laporan media Jumaat lalu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata sistem biometrik memerlukan masa selain kos mencecah RM3 juta untuk diselenggara berbanding dakwat kekal yang lebih praktikal dan murah.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob pula berkata sistem biometrik boleh dimanipulasi SPR kerana tiada pihak boleh memantau mesin atau pegawai yang mengendalikannya, serta belum ada bukti menunjukkan sistem itu mampu mewujudkan proses pilihan raya yang bersih kerana belum ada negara lain menggunakannya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Pemandu Lori Bebas Tuduhan Membunuh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain