suria

Pemandu Lori Bebas Tuduhan Membunuh

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini pada Ahad melepaskan dan membebaskan seorang pemandu lori daripada tuduhan membunuh seorang lelaki di Sungai Petani tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap S.Kumaravelan, 37.

Kumaravelan didakwa membunuh Azlan Abdul Rahim, 23, di jalan batu kerikil menghala ke ladang kelapa sawit OSK Properties Sdn Bhd berdekatan pasar raya Econsave, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani pada kira-kira pukul 5 petang, 28 Ogos 2008.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurshuhada Mohd Yatim manakala Kumaravelan diwakili peguam B.Murthy.- BERNAMA

Artikel Lain