suria

Gempa Bumi Kuat Landa Laut Banda, Indonesia Dan Semanjung Alaska

KUALA LUMPUR: Dua gempa kuat berukuran melebihi 6.0 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia dan Semenanjung Alaska awal pagi ini.

Gempa pertama yang berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku di 522km barat daya Ambon, Indonesia, iaitu 1,621km Tenggara Tawau, Sabah pada pukul 1.06 pagi, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi di sini, Ahad.

Sementara gempa kedua berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di 2,065km timur laut Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia pada 3.59 pagi ini.

Jabatan itu berkata kedua-dua gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. Bagaimanapun jabatan itu memantau perkembangan tersebut.

Selain itu, satu gempa bumi lemah berukuran 4.9 pada skala Richter berlaku di Laut China Selatan, di 482km timur laut Quy Nhon, Vietnam pada 1.15 pagi ini.- BERNAMA

Artikel Lain