suria

Peniaga Diarah Jangan Ambil Kesempatan Naik Harga Barang Menjelang Ramadhan

PENGKALAN HULU: Menjelang sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, golongan peniaga diingat agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan sesuka hati.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang ingkar terhadap amaran itu.

Beliau juga mengingatkan pengguna agar tidak membuat pembelian yang membazir hingga mencetuskan kegairahan peniaga bertindak menaikkan harga barang.

"Kementerian sentiasa memantau keadan ini dan berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat ke setiap pejabat kementerian sekiranya berlaku kenaikan harga," katanya selepas merasmikan Karnival Pengguna dan Rakan Alam Sekitar 2011 peringkat Parlimen Gerik di sini, Sabtu.

Beliau berkata setiap kali menjelang musim perayaan, kementerian sentiasa peka dan akan bertindak segera jika ada maklumat peniaga menaikkan harga barangan keperluan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain