suria

MB Jumpa Penduduk Sekitar I-City Lepas Raya

KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertemu pemilik kediaman berhampiran I-City di Seksyen 7 di sini selepas Hari Raya Puasa bagi menyelesaikan masalah bunyi bising yang berpunca dari pusat komersial itu.

Beliau berkata pertemuan itu diharap dapat mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah penduduk seperti menetapkan tahap bunyi bising yang dibenarkan atau memasang alat penghalang bunyi.

Bagaimanapun, katanya, pembangunan perumahan berhampiran I-City tidak dibuat mengikut tatacara pembangunan kerana ia sepatutnya mempunyai zon penampan dalam jarak 500 meter.

Abdul Khalid berkata demikian selepas melancarkan program Jom Shopping di Tesco Kuala Selangor Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan penduduk berhampiran I-City berhubung bunyi bising ekoran penganjuran beberapa konsert dan program hiburan di situ. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain