Generasi 709 Berarak Peringati Mangsa Bersih 2.0 - Semasa | mStar

Generasi 709 Berarak Peringati Mangsa Bersih 2.0

KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Generasi 709 mengadakan perhimpunan aman bagi memperingati kematian seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad pada 9 Julai lalu.

Kira-kira kurang 60 orang peserta perhimpunan berkenaan yang memakai pakaian bewarna kuning berarak secara aman dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menuju ke Avenue K pada pukul 2 petang Sabtu.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Lee Khai Loon menyatakan kesedihan diatas kematian Baharuddin dan menggesa polis menyiasat mengenai kejadian berkenaan.

"Kami amat prihatin terhadap kematian Baharudin dan mangsa lain semasa perhimpunan itu," katanya kepada pemberita di sini.

Anak saudara mangsa, Azhar Kassim, 53, berkata perhimpunan itu bertujuan bagi mendapatkan keadilan di atas kematian bapa saudaranya.

"Kami percaya pihak berkuasa gagal bertindak terutamanya dalam memberi rawatan dengan cepat kepada mangsa," katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Baharuddin iaitu suami kepada Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa yang dipercayai turut serta dalam perhimpunan berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Polis juga telah menafikan dakwaan yang dibuat menerusi beberapa laman web yang mendakwa Baharuddin meninggal dunia selepas terkena gas pemedih mata.

Artikel Sebelum

Gempa Bumi Lemah Landa Sebuyau Sarawak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain