Pelajar Terengganu Sertai Perhimpunan Haram 9 Julai Di Kaherah - Semasa | mStar

Pelajar Terengganu Sertai Perhimpunan Haram 9 Julai Di Kaherah

KUALA TERENGGANU: Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan.

Ada sebilangan pelajar juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan dipaparkan dalam laman sosial Facebook.

Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Aziz Mamat, ketika dihubungi berkata, pada masa ini beliau masih menunggu laporan lengkap daripada Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir dan Jabatan Penuntut Malaysia.

"YT memandang berat tindakan kumpulan pelajar berkenaan dan berjanji akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu sebelum memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil," katanya.

Katanya, jika didapati ada pelajar tajaannya terlibat dalam perhimpunan haram itu, mereka akan diberi surat tunjuk sebab dan jika pentadbir YT tidak berpuas hati, kemudahan tajaan termasuk pinjaman mereka akan ditamatkan.

Beliau berkata, kini terdapat 235 pelajar Terengganu sedang menuntut di beberapa buah universiti di Mesir dalam jurusan pengajian Islam dan perubatan.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) Razali Idris ketika dihubungi menggesa kerajaan negeri segera menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Katanya, tindakan sewajarnya perlu dikenakan kepada pelajar yang terlibat kerana ia telah memalukan negara dan juga negeri asal pelajar, yang secara terang-terangan menentang kerajaan.

"Kalau betul mereka ini ditaja kerajaan termasuk Yayasan Terengganu, mereka tidak sepatutnya menyertai perhimpunan itu.

"Saya kesal kerana sebelum ini pelajar kita di Mesir mendapat pembelaan sepenuhnya dari kerajaan ketika negara itu dilanda pergolakan politik anti kerajaan pimpinan Preesiden Hosni Mubarak," katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain