suria

Mohd Khamil Pengerusi Baru Pos Malaysia

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil dilantik sebagai Pengerusi Pos Malaysia yang baru berkuat-kuasa Khamis.

Menurut kenyataan Pos Malaysia, pelantikan Mohd Khamil dibuat bagi menggantikan Tan Sri Dr Aseh Che Mat yang tamat perkhidmatan hari ini selepas berkhidmat dengan Pos Malaysia selama tiga tahun sejak dilantik pada 2008.

Mohd Khamil berkelulusan dalam bidang Sarjana Undang-undang memulakan kerjaya sebagai eksekutif di Bank Bumiputra Malaysia Berhad pada 1980 hingga 1989.

Beliau turut berada dalam ahli lembaga pengarah Otomobil Nasional Berhad, Hicom Holding Berhad, Hicom Berhad, Horsedale Development Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad. Uni.Asia General Insurans Berhad, Uni.Asia Life Assurance Berhad dan beberapa syarikat swasta lain.

Menurut kenyataan itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar turut merakamkan penghargaan kepada Dr Aseh atas perkhidmatan cemerlangnya kearah melakukan transformasi Pos Malaysia.

Artikel Lain