Majlis Konvokesyen Darul Quran Jakim Isnin - Semasa | mStar

Majlis Konvokesyen Darul Quran Jakim Isnin

KUALA LUMPUR: Seramai 414 pelajar akan menerima anugerah diploma dan sijil masing-masing sempena Konvokesyen Darul Quran ke-20 di Dewan Muktamar Darul Quran, Kuala Kubu Baharu pada Isnin ini.

Seramai 289 pelajar Darul Quran dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri akan dianugerahkan Diploma Tahfiz, 97 pelajar Pensijilan Tahfiz Darul Quran-UIAM bakal menerima Sijil Tahfiz Al-Quran dan 28 pelajar menerima Sijil Tinggi Tarannum Al-Quran, menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Rabu.

Majlis konvokesyen itu akan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rakyat Pahang terima Sultan baharu