suria

Laman Web PLKN Alami Kesesakan Teruk

KUALA LUMPUR: Server laman web Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), www.khidmatnegara.gov.my kini mengalami kesesakan trafik teruk akibat capaian yang terlalu tinggi.

Bahagian Komunikasi Korporat JLKN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kesesakan paling teruk dialami pada waktu puncak iaitu dari 8 pagi hingga 12 tengah malam.

"Kesesakan ini dijangka akan berlaku untuk sementara waktu sahaja," katanya.

Calon pelatih boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip PLKN (jarak) SEMAK (jarak) nombor Mykad dan hantar ke 15888.

Menurut kenyataan itu, semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-40274747. -BERNAMA

Artikel Lain