suria

Pelajar UiTM Tidak Terlibat Perhimpunan Haram - Naib Canselor

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, tiada laporan diterima mengenai pembabitan penuntut institusi itu dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada Sabtu.

"Saya berdoa mereka tidak terlibat. Kalau terlibat, kalau mereka kena tindakan undang-undang, ikut peraturan yang ada mereka boleh disingkirkan... saya akan ikut undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Konvensyen Guru-guru Muda Kebangsaan 2011 di sini, Ahad.

Sahol berkata tindakan tatatertib seperti ditamatkan perkhidmatan boleh dikenakan kepada warga kerja UiTM yang terlibat dalam perhimpunan haram itu.

"Kalau mereka terlibat bermakna mereka tidak patuhi peraturan yang ada...kita bimbang mereka menghasut pelajar nanti, pelajar di sini sepatutnya belajar bukan masuk politik," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anwar Tidak Cedera Serius

Artikel Lain