suria

Pekerja Majlis Daerah Manjung Maut Dihempap Lori

IPOH: Seorang pekerja Majlis Daerah Manjung maut akibat dihempap lori selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan lori berkenaan di Km5, Jalan Ipoh-Sitiawan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata pekerja berkenaan, Abu bakar Ariffin, 54, dari Taman Sungai Wang, Setiawan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu berlaku pada kira-kira 7.15 pagi ketika Abu Bakar dalam perjalanan ke tempat kerja dan mayatnya dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata pemandu lori berusia dalam lingkungan 40-an hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anwar Tidak Cedera Serius

Artikel Lain