suria

IPU Masih Di Tahap Sederhana

Keadaan berjerebu dicatatkan di sekitar Petaling Jaya sejak awal pagi Isnin. Bagaimanapun, berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan oleh Jabatan Alam Sekitar keadan tersebut masih diiktiraf sebagai IPU sederhana. - Foto mSTAR Oleh IZRA RAHMAN.

PETALING JAYA: Walaupun keadaan berjerebu di kawasan sekitar Selangor, Indeks Pencemaran Undara (IPU) masih berada pada tahap sederhana dan lebih baik berbanding petang Ahad.

Keadaan berjerebu disebabkan kebakaran di Sumatera dan Borneo menyebabkan jaarak penglihatan merosot.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya memaklumkan bahawa sehingga pukul 5 petang Isnin, 83 peratus atau 43 kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU sederhana manakala sembilan kawasan lagi mencatat indeks udara baik.

Imej satelit menunjukkan 217 titik panas di Sumatera dan lebih 300 titik panas di Borneo sementara di Semenanjung ialah 13 sehingga pukul 6 pagi Isnin.

Pada Ahad, catatan IPU menunjukkan 33 kawasan (67 peratus) mencatatkan IPU sederhana manakala 16 kawasan (32 peratus) mencatatkan IPU baik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anwar Tidak Cedera Serius

Artikel Lain