suria

Pegawai Agensi Kementerian Penerangan Perlu Bergaul Kumpul Maklum Balas Dan Maklumat

JULAU: Para pegawai agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu bergaul dengan semua lapisan masyarakat termasuk anggota dan penyokong parti pembangkang kerana ia merupakan sebahagian tugas mereka.

Timbalan Menterinya Datuk Joseph Salang berkata dengan ini mereka dapat mengumpulkan maklum balas dan maklumat yang diperlukan.

"Apa yang mereka lakukan tidak bertentangan dengan Perintah Am. Semua ini dilakukan atas nama untuk mengumpul maklumat dan mendapat maklum balas.Kerajaan perlu tahu mengenai pendapat orang ramai berhubung sebarang perkembangan dan isu semasa dan ini merupakan tugas mereka yang berada di lapangan," katanya pada satu majlis anjuran Jabatan Penerangan Julau di sini malan Sabtu bagi mengucapkan selamat bertugas kepada pegawai mereka George Humphrey yang ditukarkan ke kementerian lain di Putrajaya dan meraikan penggantinya Omar Maheelin.

Beliau berkata orang ramai termasuk ahli politik tidak sepatutnya menyalahtafsir atau berprasangka buruk mengenai apa yang dilakukan mereka.

Katanya malah pegawai seperti ini diberi elaun untuk berbuat demikian. Salang berkata selain pegawai kementerian, kerajaan juga bergantung dengan polis, KEMAS, perisikan tentera dan lain-lain untuk tujuan yang sama. -BERNAMA

Artikel Lain