suria

PAS Mahu Pemimpin Dibebaskan Dalam Tempoh 24 Jam

KUALA LUMPUR: PAS memberi tempoh selama 24 jam kepada kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membebaskan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama lain, kata ‎​Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Bersih berkata, jika tidak dibebaskan, kira-kira sejuta ahli dan penyokong Pas akan berhimpun di Bukit Aman dan Balai Polis Jinjang.

"Mereka juga perlu membebaskan semua tahanan tanpa syarat.

"Kita memberi amaran kepada Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara bagi pihak rakyat Malaysia, ahli dan penyokong PAS serta ahli dan penyokong Pakatan Rakyat serta seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," katanya kepada media di sini Sabtu.

Antara pemimpin yang ditahan selain Abdul Hadi ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib-naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub; Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fauziah Salleh; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Artikel Lain