suria

Nurul Izzah Kritik Tindakan Polis

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mengecam tindakan polis yang menahan ratusan orang selain yang cedera sedangkan perhimpunan dilakukan secara aman.

"Kami tidak merusuh, langsung tidak berlaku ganas malah jalan secara aman.

"Tetapi kami ditembak dengan gas pemedih mata yang bukan menuju ke arah atas (90 darjah) namun ditembak dituju terus kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," dakwanya pada sidang media tergempar di sini, Sabtu.

"Biarpun pihak polis sekadar mendengar arahan namun saya pinta supaya dengarlah cetusan hati nurani bahawa kami bukan penjenayah tetapi mahu mendesak agar pilihan raya yang adil dan bebas dilakukan.

"Itulah tuntutan kami dalam mencapai objektif (Bersih)," katanya.

Artikel Lain