suria

MB Selangor Mohon Agong Titah Adakan Referendum Bebas Untuk P/Raya Adil

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan baginda menitahkan agar diadakan tinjauan pendapat atau referendum bebas bagi mengetahui bilangan rakyat yang mahukan sistem pilihan raya bebas dan adil.

Surat itu dihantar kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata kesemua kehendak rakyat negara ini perlu dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya atau kerajaan yang dilantik dengan perkenan baginda.

Beliau juga berkata satu memorandum akan dihantar esok kepada Tuanku Mizan yang antara lain mempunyai lapan perkara yang memohon campur tangan baginda untuk memastikan pilihan raya umum di negara ini dilaksanakan secara adil, telus dan bersih. - BERNAMA

Artikel Lain